Online Diary kita dan alam semula jadi: 2012
JOM CUBA TIP-TIP NI

Wednesday, April 4, 2012

Hilangkan Parut Pada Badan


Daun Lidah Buaya

Apa yang perlu anda lakukan adalah;

1. Ambil daun lidah buaya dan bersihkannya dahulu.

2. Kemudian, potong daun lidah buaya tu sebab anda nakkan lendirnya.

3. Sapu lendir tu kat parut yang ada pada tangan, kaki ataupun anggota badan anda yang lain.

4. Amalkan petua tradisional ini 3 kali seminggu sehinggalah parut tu hilang.

~nabila~

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, April 3, 2012

Petua Gigi Putih



Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lahi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi putih dan sihat. Sebelum kita menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi, gosoklah gigi dengan menguunakan SERBUK PENAIK @ lebih dikenali sebagai SODUIM BEKARBONAT terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu 2 ke 3 kali.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, March 26, 2012



Lakukan salah satu petua tradisional berikut untuk mewangikan almari pakaian. 

1. Cara yang paling mudah dan menjimatkan ialah dengan menggunakan kulit limau. Buat uncang daripada kain kain yang nipis atau kain kasa, dan isikan kulit limau. Untuk mencantikkan lagi, ikat uncang ini dengan riben dan letakkan di dalam almari pakaian. Tukarkan bila sudah hilang bau.

2. Letakkan beberapa helai daun pandan ke dalam almari tersebut. Tukarkan bila sudah hilang bau. Cara ini pon dikatakan dapat menghalau lipas.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment



Kulit yang terdedah pada cahaya matahari dan debu dapat membuat kulit tubuh kelihatan kusam dan tidak bermaya. Perawatan lulur dengan menggunakan serbuk kopi dipercayai dapat mengembalikan kecerahan kulit tubuh anda. Biji kopi yang telah dijadikan serbuk akan menghasilkan minyak antioksidan yang bersifat menghaluskan, membuat kulit menjadi cerah dan kelihatan lebih cerah.

Tumbuk ½ kg biji kopi bali sehingga separuh halus, kemudian tambahkan minyak zaitun dan tepung bengkuang secukupnya menjadi paste. Kacau hingga rata. Usapkan lulur kopi ini pada seluruh tubuh anda sambil digosok-gosokan secara perlahan. Biarkan anggaran selama 1 jam agar minyak yang terkandung pada kopi menyerap ke seluruh tubuh. Setelah itu, bilas tubuh sampai bersih dengan menggunakan air yang telah dicampur sedikit garam.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment


JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.


AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.


MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.



ELAKMINUM MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.



KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM


Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


MAKAN PERLAHAN-LAHAN


Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.



KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL


Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.



MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.



PILIH MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.



DIARI PEMAKANAN

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.



PILIHAN PERKAKAS

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!



TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

AKTIVITI SAMPINGAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment



Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua di bawah ini:

1) Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari atau sehingga parut hilang.

2) Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

3) Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari hingga parut hilang.

Selamat mencuba


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, March 25, 2012


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, March 20, 2012

Merawat Gastrik

Cara-caranya:
 
  • Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas.  Suamkan dan minum selepas sarapan pagi.

 

  • Bersihkan kunyit.  Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut.  Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis.  Tambahkan sedikit madu.  Sebaiknya masukkan sebiji kuning telur.  Minumlah campuran ini.

  •    Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar.  Kemudian minumnya dua kali sehari.
Selamat mencuba
Type: Leya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

petua untuk menaikan seri wajah bakal pengantin



bagi mereka yang akan bergelar raja sehari,
amalkan petua ini...supaya seri diwajah pengantin naik...
amalkan petua petua ini 2 hari sebelum berlangsung majlis pernikah atau perkhawinan..
ambil daun inai bersama kunyit hidup rebus dan minum airnya...
pasti hasilnya memuaskan...SELAMAT MENCUBA... :)
DIsediakan: azzian
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

petua untuk ubati sakit mata...


apabila anda sakit mata mesti terasa perit bukan..jadi amalkan lah petua ini ye.
first, ambil 1 sudu garam dan masukkan ke dalam 1 besen air yang bersih..
lepas itu, kacau garam tersebut sehingga larut dan kemudian masukkan muka ke dalam campuran air garam tersebut.Selepas itu, buka dan tutup mata anda beberapa kali  dalam air garam.
 hasilnya sakit mata anda akan berkurangan...
Disediakan: azzian...
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, March 14, 2012

menghilangkan bau mulut

307871 281858901838122 278846398806039 1033161 1911465729 n Petua menghilangkan nafas berbau

Salah satu sebab mulut berbau kerana masalah sistem penghadaman, oleh itu pastikan makanan dikunyah dengan baik sebelum anda telan. Cara tradisional untuk hilangkan bau mulut ialah ambil beberapa daun sirih, ramas daun sirih tersebut di dalam air kemudian kumur-kumurkan dengan air tersebut. Amalkan setiap hari untuk kesan yang lebih baik gosok lidah anda sekali ketika menggosok gigi.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, March 6, 2012

petua gigi lebih kuat

Jika anda ingin gigi kuat ikut la petua ini ye....
Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat. Selamat mencubanya...  
diseDiAkaN :aZzIan....
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, March 4, 2012

Masker Muka Untuk Kulit Kering



Masalah kulit kering biasanya dialami oleh mereka yang kurang mengamalkan meminum air kosong secukupnya....Dengan hanya menyapu pelembap di wajah, itu tidak mencukupi....Disarankan untuk mereka yang    
mengalami kulit kering, amalkan meminum air kosong dengan banyak setiap hari....selain itu, anda boleh mencuba petua ini....dua biji buah aprikot dicampurkan dengan dua sudu makan yogurt kosong kemudian kisar sehingga halus....Kemudian, sapu pada wajah seperti masker....Amalkan sebulan sekali...   Selamat mencuba!!

Type : leya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Gula Mencerahkan Kulit




Terlebih dulu, cuci wajah sebersih-bersihnya.  Kemudian ambil sesudu gula dan campurkan dengan pencuci muka yang anda gunakan....Cuci wajah dengan campuran tersebut selama sepuluh minit dengan melakukan sedikit urutan membulat di wajah....Kemudian, cuci wajah sehingga bersih dan amalkan seminggu sekali sehingga kulit wajah anda putih.  selamat mencuba!!

type : leya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, February 24, 2012

Merawat Kencing Manis

       Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.



selamat mencuba!! 
Disediakan oleh : cikbiela :)






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, February 14, 2012

Petua Melambatkan Pertumbuhan Uban



Bagi mengelakkan uban tumbuh sebelum waktunya, amalkan petua ini.  Sebelum bersyampu, basuh rambut dengan air daun saderi.  Biarkan seketika sehingga kering di kepala.  Kemudian, bilas dengan air bersih dan terus bersyampu seperti biasa.
selamat mencuba!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

petua legakan sakit lutut

sakit lutut selalu di alami oleh warga emas ....cara-cara melegakan sakit lutut dengan meramas daun pudina dan campurkan dengan bedak sejuk.. serta sapukan pada bahagian lutut yang sakit...dengan menggunakan cara ini akam mengurangkan rasa sakit pada lutut itu....

CUBA JANGAN X CUBA YE...HEHHEHE
DI sediakan : azzian...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

petua atasi sakit gigi



bagi mengatasi sakit gigi. anda semua boleh mengamalkan petua ini.
iaitu ambil daun senduduk,pucuk nangka dan garam kasar. Kemudiannya rebus semua bahan tadi dan minum air rebusan tadi. amalkan selalu supaya rasa sakit gigi tadi boleh beransur pulih.
selamat beramal ye... :)
disediakan oleh : azzian....
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, February 12, 2012

Menghilangkan Kelemumur


Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
  • Ø  Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.           

  • Ø  Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Selamat Mencuba =D
Disediakan Oleh : DyEa ZaiNaL

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kaki Bersisik

Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka...

  Selamat Mencuba =D
  Disediakan Oleh : Dyea ZainaL

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, February 9, 2012

petua merawat kudis buta

jika anda semua mengalami gatal kulit atau pun kudis buta,boleh cuba petua ni...mudah-mudahan..hasilnya mujarab...heheheheeh...
cara-carabya...bancuh 2 sudu belerang kuning dengan minyak masak..selepas siap bancuh sapukan pada bahagian yang tersebut...amalkan selalu sehingga la gatal kulit atau  kudis buta sembuh dan hilang...


SELAMAT MENCUBA YE  :)

DISEDIAKAN OLEH : azzian :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, February 4, 2012

Menghilangkan Panau

Cubalah hilangkan panau dengan petua-petua di bawah:


 

- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

- Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.



SELAMAT MENCUBA!!
Disediakan Oleh: Liya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kudis Di Kepala

Masalah kudis atau kegatalan di kepala memang merimaskan lebih-lebih lagi untuk anda yang bertudung.  Tetapi,   membasuh rambut dan kepala setiap hari bukan penyelesaiannya.  Ini akan memburukkan keadaan.  Jadi, lebih baik amalkan petua ini.


  • Titikkan atau tumbukkan sedikit sedikit kunyit hidup dan campurkan dengan minyak masak.
  • Jerangkan di atas dapur dengan api yang perlahan sekitar 15 hingga 20 minit.
  • Tutup api dan biarkan ia sehingga suam.
  • Sapukan di atas kudis dan lakukan berulang kali sehingga kudis kering dan tertanggal.
SELAMAT MENCUBA!!

Disediakan Oleh: Liya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kulit Muka Berminyak

Berikut adalah beberapa petua menghilangkan dan mengurangkan kulit muka yang berminyak;


1.    Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu.


Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur.


   Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.



Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
SELAMAT MENCUBA!!
Disediakan Oleh: Liya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Petua Mengubati Bibir Pecah

Masalah bibir pecah pasti membuatkan anda berasa kurang selesa yang amat. Sakit ke? Orang yang dah pernah kene mesti tau ni. Rase lain macam pun ada gak. Tapi takper. Rasa ketidakselesaan anda terhadap bibir yang pecah bakal berakhir dengan mempraktikkan petua di bawah.

gambar bibir wanita


Caranya mengubatinya;

Anda minumlah air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.

Amalkan meminumnya sekali sehari sehinggalah bibir anda tu sembuh. Jika tiada aral dan serasi dengan petua ni, pasti anda dapat merasai kesannya.

Selamat Mencuba!

Disediakan oleh: Liya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Petua Awet Muda

Ada tak di antara anda yang kenal dengan buah kerandang? Nama saintifiknya ialah Carissa Carandas. Menurut pengamal perubatan tradisional, amalan memakan buah kerandang baik untuk anda yang ingin kekal awet muda.
Buah Kerandang

Antara cara-cara untuk awet muda adalah seperti berikut:-

1. Ambil beberapa biji buah kerandang yang telah masak.

2. Bila anda petik buah kerandang nanti, ia tentu akan bergetah.
3. Jadi, anda perlu membersihkannya dulu.
4. Kemudian, rebuskan buah kerandang tadi sehingga mendidih.

Merebus buah kerandang ni bertujuan menghilangkan keracunan getah yang mungkin terdapat pada buah kerandang yang anda petik tadi.

5. Kemudian, anda jadikan buah kerandang rebus ni sebagai ulam ketika makan tengahari atau makan malam.
Boleh dimakan bersama nasi, ulam-ulaman serta lauk-pauk lain. Amalkannya selalu secara berterusan untuk kelihatan awet muda.

Selamat Mencuba!

Disediakan Oleh: Liya


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

petua untuk wajah kelihatan cantk dan berseri


disediakan oleh :azian

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

petua penjagaan mata


Petua Untuk Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.
Petua Untuk Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Pilihan 2: Ambil timun yang telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Petua Untuk Hilangkan Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yang digesel di tempat ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
Petua Untuk Panjangkan Bulu Mata
1. Amalkan multi-vitamin untuk merangsang pertumbuhan bulu mata. Vitamin E, selain baik untuk kulit dan rambut, juga boleh menstimulasi pertumbuhan bulu mata. Amalkan vitamin E secara rutin.
2. Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly pada bulu mata anda, agar bulu mata kuat dan sihat. Lakukannya pada malam hari dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.
3. Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.
4. Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran. Ia juga akan membuat bulu mata anda selalu rapi.
5. Jangan lupa bersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata boleh membuat bulu mata rosak jika terlalu lama dibiarkan semalaman
disediakan oleh:azian

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

petua untuk menghaluskan siku dan lutut


1. Parut buah nenas segar yang telah dicuci bersih terlebih dahulu.
2. Sapukan pada siku dan lutut anda. Gosokkan perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nenas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.
3. Setelah itu, bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan sahaja. Akhir sekali, letakkan ‘baby oil’ atau pelembap.
disediakan oleh:azian

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

petua untuk mencairkan kahak


1. Ambil 2 ketul  lengkuas dan 2 ketul halia (semuanya sebesar ibu jari). Rebus bersama daun atau kulit kayu manis beserta 300 ml air. Minum setiap pagi dan malam selama 3 hari.
2. Tingkatkan kelembapan udara dengan alat pelembap, pengewap atau sedut udara yang berkelembapkan tinggi. Ia mencairkan rembesan bronkus atau kahak.
3.  Minum banyak air.
4. Kurangkan makanan yang menyebabkan banyak lendir seperti bahan tenusu, makanan yang diproses banyak kali (seperti minyak yang lama digunakan), daging, makanan remeh, gula pasir, buah-buah manis, dan makanan daripada tepung seperti roti putih.
5. Kurangkan makanan yang menghasilkan angin seperti kacang, kobis atau kobis bunga
                      disediakan oleh : azian 2060

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

petua merawat hidung berbintik merah dan berdarah


Pilihan 1: Ambil 3 helai daun sirih temu urat dan potong halus. Tempelkan pada bintik-bintik merah di hidung. Seterusnya, ambil 4 helai lagi daun sirih temu urat dan sumbatkan ke dalam lubang hidung yang berdarah.
Pilihan 2: Titiskan ke hidung dengan cuka yang dicampur dengan air mawar
                          di sediakan oleh: azian 2060.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

petua untuk cergaskan badan


  1. Banyakkan makanan segar dan elakkan makanan yang telah lama dan berperam serta yang mengandungi bahan awet.
  2. Hanya makan nasi yang dimasak sekali sahaja. Maksudnya, nasi yang sudah sejuk kita panaskan semula tidak baik untuk kecergasan badan.
  3. Minum susu segar setiap hari.
  4. Minum sedikit madu setiap hari. Boleh juga amalkan minum madu 1 sudu sebanyak 3 kali sehari.
  5. Kurangkan gula putih dalam minuman, gantikan dengan gula kabung atau gula kelapa atau yang seumpamanya, yang tidak melalui proses kimia. Kurangkan minum air teh, kopi dan sebagainya. Sebaliknya banyakkan minum air suam atau air kosong.
  6. Tidur awal dan bangun awal.
  7. Banyakkan menghirup udara segar. Pastikan bilik atau rumah yang kita diami memiliki sistem pengaliran udara yang baik
                                               di sediakan oleh : azian 2060

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, February 2, 2012

Mata Letih Dan Sembab

Sememangnya keletihan pada mata tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang banyak menggunakan mata seperti pelajar dan pekerja yang menggunakan komputer.  Tetapi masalah ini tidak patut dibiarkan.


Antara cara yang boleh diamalkan ialah dengan melembabkan dua uncang teh ke dalam air panas.  Kemudian, sejukkan uncang teh dengan memasukkan ke dalam peti ais.  Setelah sejuk, Letakkan pada mata selama lebih kurang 15 minit.  Bagi mata sembab pula, anda boleh menggunakan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.  Jika diamalkan, mata anda akan kembali segar dan berseri.
Selamat Mencuba......

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Petua Hilangkan Jerawat

Ambil putih telur sahaja bersama satu sudu tepung ubi dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Petua ini elok serta boleh membantu mengatasi jerawat. Hasilnya pasti memuaskan inshaallah. Selamat mencuba!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, February 1, 2012

Petua Untuk Mencantikkan Tumit





kalau korang ingin tumit yang cantik dan licin, korang semua boleh menggunakan petua ni...caranya adalah:

Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya.Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang terbaik...ok...:) 

HARAP KORANG SEMUA DAPAT MENCUBA.....


Ditaip oleh: Zian 2060

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Heart Chat Bubble

Followers

 
Copyright © . All Right Reserved by petuatweet