Online Diary kita dan alam semula jadi: January 2012
JOM CUBA TIP-TIP NI

Tuesday, January 31, 2012

Petua Melembutkan Rambut.


Anda nak melembutkan rambut yang kasar dan keras tak? Kalau ada di antara anda yang mengalami masalah ini, ada satu petua sejagat yang boleh anda try. Hanya gunakan daun bunga raya saje.




Pokok Bunga Raya 


Caranya;


i. Petik 10 helai daun bunga raya dan tumbuk sehingga halus.


ii. Apabila proses di atas dah siap, sapukan daun yang dah ditumbuk halus pada rambut anda hingga ke akarnya.


iii. Kemudian balut rambut anda dengan plastik (shower cap) selama 30 minit.


iv. Lepas tu, cucilah rambut anda dengan air sejuk dan keringkannya.


v. Anda boleh mengamalkan petua sejagat ni 2 kali seminggu sehingga mendapat hasil yang diinginkan.


Saya doakan mudah-mudahan usaha anda tu berhasillah


type oleh:Bella_2081

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, January 28, 2012

petua nak hilangkan Kelemumur di kepala...

   

Kelemumur menyebabkan kepala kita akan menjadi gatal dan kotor...
cara-cara untuk menghilangkan Kelemumur supaya rambut kita akan menjadi lebih sihat dan segar iaitu kita perlu tiga batang serai bersama dua biji limau nipis kisar hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

semago rambut menjadi lebih segar dan sihat...selamt mencuba.. :)


Ditaip oleh:Zian 2060

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sakit Senggugut

                                   
Bawang Merah

         Sememangnya kebanyakan wanita akan mengalami masalah senggugut, lebih-lebih lagi mereka yang belum berkahwin.  tetapi tidak ramai yang mengetahui terdapat petua yang boleh diamalkan.  Antara petua untuk mengelak senggugut, ambil tiga ulas bawang merah dan potong halus-halus.  Kemudian, campurkan dengan air panas.  Amalkan minum air tersebut dan anda akan sukar untuk mengalami senggugut.  Tetapi, jika anda seorang yang akan mengalami senggugut, amalkan meminum air perahan halia selama sebulan. minum dua kali setiap hari.  Jika masih juga senggugut semasa anda mengamalkan petua ini, cepat-cepat rendamkan kaki di dalam bekas air suam yang telah dicampurkan garam.  Amalkan hingga rasa sakit senggugut hilang.


selamat mencuba.......
Ditaip oleh: Liya 2066


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, January 24, 2012

Petua untuk kuruskan badan

  Antara jenis-jenis tumbuhan yang dapat digunakan sebagai petua kuruskan badan secara semulajadi ialah;
1. Limau nipisLimau Nipis
  Buah limau nipis mempunyai khasiat yang banyak dan mempunyai vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat, perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.


2. NanasNanas
  Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan nanas yang tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.


3. Buah delima
Buah Delima  Buah delima terdapat dua jenis iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam,  dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.
4. Lobak merah dan timun
Lobak merahLobak merah
  Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.
5. Halia
Halia
 Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan.  Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan halia sebelum makan pada waktu siang dan malam..SELAMAT MENCUBA.....
Ditaip oleh: Liya & Zian

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Heart Chat Bubble

Followers

 
Copyright © . All Right Reserved by petuatweet