Online Diary kita dan alam semula jadi: Kulit Muka Berminyak
JOM CUBA TIP-TIP NI

Saturday, February 4, 2012

Kulit Muka Berminyak

Berikut adalah beberapa petua menghilangkan dan mengurangkan kulit muka yang berminyak;


1.    Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu.


Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur.


   Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.



Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
SELAMAT MENCUBA!!
Disediakan Oleh: Liya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Heart Chat Bubble

Followers

 
Copyright © . All Right Reserved by petuatweet