Online Diary kita dan alam semula jadi: Petua untuk kuruskan badan
JOM CUBA TIP-TIP NI

Tuesday, January 24, 2012

Petua untuk kuruskan badan

  Antara jenis-jenis tumbuhan yang dapat digunakan sebagai petua kuruskan badan secara semulajadi ialah;
1. Limau nipisLimau Nipis
  Buah limau nipis mempunyai khasiat yang banyak dan mempunyai vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat, perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.


2. NanasNanas
  Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan nanas yang tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.


3. Buah delima
Buah Delima  Buah delima terdapat dua jenis iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam,  dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.
4. Lobak merah dan timun
Lobak merahLobak merah
  Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.
5. Halia
Halia
 Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan.  Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan halia sebelum makan pada waktu siang dan malam..SELAMAT MENCUBA.....
Ditaip oleh: Liya & Zian

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments:

Heart Chat Bubble

Followers

 
Copyright © . All Right Reserved by petuatweet